Sabtu, 01 Mei 2010

Marah Roesli

Marah Roesli atau Marah Rusli bin Abu Bakar (lahir di Padang, Sumatera Barat pada 7 Ogos 1889, dan meninggal di Bandung, Jawa Barat pada 17 Januari 1968) adalah pengasas novel moden Indonesia. Beliau dari generasi pengarang Balai Pustaka.

Namanya terkenal kerana novel percintaan Siti Nurbaya yang diterbitkan pada tahun 1920.Siti Nurbaya seorang wanita yang dipaksa oleh orangtuanya dengan lelaki yang tidak dicintainya. Pengarang Minangkabau lain, seperti Hamka, Ali Akbar Navis, dan Abdul Muis banyak menulis novel dengan latar belakang kemiskinan dan budaya Minangkabau, Sumatera.

Ayah Marah Roesli ialah Sultan Abu Bakar, seorang bangsawan di Padang. Marah Roesli berkahwin dengan seorang gadis Sunda yang lahir di Bogor pada tahun 1911.Mereka mendapat tiga anak, dua anak laki-laki dan satu perempuan. Pernikahan ini tidak diingini oleh orang tuanya.


Seperti Taufik Ismail dan Asrul Sani, Marah Roesli juga seorang ahli vetrina sehingga 1952.Beliau mendapat sumber ilham dari kisah masyarakat di Sumatera Barat, dan membaca buku sastra.

HB Jassin mengangkat beliau sebagai "Bapak Novel Indonesia Modern". Sebelum novel pertama ditulis di Indonesia, sastera itu lebih mirip dengan cerita rakyat.

Novel Siti Nurbaya terpapar emansipasi wanita.Wanita itu mula berfikir tentang hak-hak yang sama dengan lelaki. Wanitanya mahu berdikari, tidak semestinya menurut kata ibu bapa dan boleh membuat keputusan sendiri.

Bibliografi

1. Siti Nurbaya - diterjemahkan ke bahasa Russia.
2. La Hami (1924)
3. Anak dan kemenakan (1956)
4. Memang Jodoh (jawi)
5. Tesna Zahera (drama)
6. Gadis yang Malang (novel diterjemahkan daripada Charles Dickens, 1922)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar